Wednesday, July 22, 2009

KERIAN , INDUSTRI GERAGAU



Petikan di edit dari email sahabat yg diterima.Moga menjadi iktibar buat semua dan untuk renungan bersama.Amin

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU
Lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan
sepanjang hidup.

bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa
teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi
goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam
masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan
utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir
selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat
Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang
geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan
penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di
atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran
seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia
membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak
sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan yang hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.Kasut itulah juga digunakan untuk
memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita
makan?


Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan!Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran.Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing
berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat!
Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya
beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi
kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng
kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di
Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini.
Aduhai!