Latest Design By Armani Exchange for RM 35.00 onward
Saturday, August 29, 2009
Wednesday, July 22, 2009
KERIAN , INDUSTRI GERAGAU
Petikan di edit dari email sahabat yg diterima.Moga menjadi iktibar buat semua dan untuk renungan bersama.Amin
KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU
Lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan
sepanjang hidup.
bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa
teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi
goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam
masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan
utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir
selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat
Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang
geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan
penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di
atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran
seperti ini dibuat di atas pangkin khas.
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia
membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak
sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan yang hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.Kasut itulah juga digunakan untuk
memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita
makan?
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan!Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran.Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing
berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat!
Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya
beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi
kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng
kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di
Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini.
Aduhai!
Thursday, May 28, 2009
Calsberg Untuk Orang Islam??????

Tak tahulah pula bila masa Calsberg untuk orang Islam dah dibuat.Siapa-siapa ada maklumat?Yang aku tahu, masa aku kerja di Shah Alam dulu,agak ramai juga pekerja melayu islam di kilang Calsberg.tak kurang juga cerita biasiswa dari kilang arak ni dan macam-macam lagi. Sekarang Calsberg untuk orang Islam?Calsberg Malaysia yang beroperasi di Shah Alam akan meluaskan pasaran produk beer tanpa alkohol yang akan khusus di negara-negara Arab Asia Barat.
Oh dah ada calsberg halal la pulak..walaupun tanpa cap halal. Isk susah juga ya satu jenama pastu ada halal ada haram.
Sekarang order di kedai mamak "kopi tongkat ali satu!" pasni ada pulak yang minta "Caslberg halal satu!"
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
Wednesday, May 13, 2009
APPLE vs ISLAM
Wednesday, February 18, 2009
Iklan Coke Yg Biadap
Perhatikan Iklan di bawah, apa pandangan anda..?Ini adalah petikan di antara iklan iklan 'Coke' yang di terbitkan di Eropah
Renung renungkan lah wahai saudara saudari.
Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah.
Kita ANTI YAHUDI
Tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini.
Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.
Masih Nak Minum Coke Lagi .?
Renung renungkan lah wahai saudara saudari.
Jika anda cintakan MARUAH ISLAM, sebarkanlah.
Kita ANTI YAHUDI
Tapi mengapa kita masih terus menyokong produk ini.
Biadap sungguh mereka MEMPERSENDAKAN Islam.
Masih Nak Minum Coke Lagi .?
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)